Perjanjian pengguna
Dalam talian:
149
Tetamu
Log masuk
Daftar
Pulihkan kata laluan
Bahasa Melayu
English
Português
Bahasa Indonesia
Русский
Polski
Laman Utama
Perjanjian pengguna
1. Umum
1.1. Semua peraturan TibiaME adalah sah di laman peminat ini. Sila semak bahagian FAQ di tibiame.com.
2. Akaun
2.1. Anda hanya dibenarkan untuk menggunakan nama samaran karakter sebenar dan dunia permainan anda.
2.2. Anda tidak dibenarkan untuk berkongsi data akaun (kata laluan) anda secara terbuka.
3. Skor Tertinggi
3.1. Karakter yang disenaraikan
3.1.1. 100 ahli sihir terbaik dan 100 pahlawan terbaik mengikut jumlah pengalaman dari setiap dunia permainan adalah disenaraikan.
3.1.2. Karakter dengan kedudukan PvP 100 atau lebih tinggi adalah disenaraikan.
3.1.3. 100 ahli sihir terbaik dan 100 pahlawan terbaik mengikut mata pencapaian dari setiap dunia permainan adalah disenaraikan.
3.1.4. Karakter lain tidak disenaraikan dan kami tidak dapat menambah mereka pada masa ini.
3.2. Kebolehpercayaan data
3.2.1. Skor tertinggi dikemas kini setiap hari pada jam 00:10 UTC.
3.2.2. Data skor tertinggi disediakan oleh tibiame.com dan kami tidak bertanggungjawab atas kebolehpercayaannya.
3.2.3. Statistik dunia serta data Pemburu Terbaik adalah hanya berdasarkan karakter yang disenaraikan di laman web ini (lihat 3.1.).
4. Tangkapan Skrin
4.1. Hanya tangkapan skrin TibiaME yang dibenarkan di bahagian Tangkapan Skrin.
4.2. Hasil seni adalah tidak dibenarkan.
4.3. Tangkapan skrin tidak boleh mengandungi sebarang kawasan bukan permainan, cth. desktop komputer dan tetingkap emulator.
5. Hasil Seni
5.1. Hasil seni mestilah berkaitan dengan TibiaME.
5.2. Anda hanya dibenarkan untuk memuat naik hasil seni anda sendiri.
6. Privasi
6.1. Kami tidak pernah berkongsi data tersembunyi anda (cth. e-mel, tarikh lahir) dengan sesiapa pun.
6.2. Kata laluan anda disulitkan dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun, termasuk kakitangan kami.
6.3. Kami mungkin menggunakan data anda untuk menghubungi anda (cth. e-mel, termasuk data tersembunyi).
7. Hak Cipta
7.1. TibiaME adalah tanda dagangan CipSoft GmbH, tibiame.com adalah satu-satunya laman web rasmi TibiaME.
7.2. Mana-mana ikon yang disediakan oleh CipSoft adalah hak cipta CipSoft. Anda boleh menggunakan mana-mana ikon TibiaME daripada laman web ini.
Tolak
Tibia dan TibiaME adalah tanda dagangan CipSoft GmbH, Jerman.
tibiame.com